Lomba Novel Islam Deadline Juni 2014

Ada informasi menarik bagi para novelis atau penulis fiksi. Kali ini informasi datang dari Penerbit Darul Andalus, Singapura. Penerbit tersebut sudah rutin menerbitkan karya-karya novel Islam, dan sudah beberapa tahun mengadakan lomba menulis novel yang bisa diikuti oleh penulis Indonesia yang notabene masih merupakan bagian negara serumpun.Ada tiga kategori dan masing-masing berhadiah dollar. Juara satu kategori umum, misalnya, akan mendapatkan sejumlah $5000. 

Deadline: 1 Juni 2014

Mari simak Informasi lomba novel Islam dari panitia berikut ini: 

Darul Andalus Pte Ltd (DAPL) telah mula menerbitkan buku-buku sastera Melayu sejak 2009. Sejauh ini, sebanyak 8 buah buku yang berjaya diterbitkan. Buku-buku ini merupakan karya pemenang Anugerah Sayembara Novel Temasek 2007 dan 2009 (SNT) dan pemenang Anugerah Sayembara Nokhtah Putih 2008 (SNP) anjuran ASAS 50 dengan kerjasama DAPL. 

DAPL kini ingin memulakan inisiatif mengumpul dan menerbitkan novel-novel Islam. Salah satu kaedah untuk mengumpul novel-novel Islam ini adalah dengan menganjurkan Sayembara Novel Islam (SNI).
Matlamat utama sayembara ini adalah seperti berikut:
  1. Mengumpul dan menerbitkan novel-novel Islam yang bermutu
  2. Mencungkil bakat-bakat baru dan menggalakkan penyertaan dari penulis mapan
  3. Menambah bahan bacaan sastera yang sesuai dengan agama Islam

Kategori Sayembara


Sebanyak tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu:
  •   Kategori Novel Dewasa
      Tidak kurang dari 30,000 patah perkataan
  •   Kategori Novel Remaja
      Untuk bacaan remaja berusia 13-18 tahun. Tidak kurang dari 20,000 patah perkataan
  •   Kategori Cerita Kanak-Kanak
      Untuk bacaan kanak-kanak berusia 7 - 10 tahun. Anggaran 250 - 350 patah perkataan

Hadiah Lomba


Setiap pemenang akan menerima wang tunai, sijil penghargaan dan trofi.
Wang tunai yang boleh dimenangi ialah seperti berikut:

Syarat Penyertaan


  1. Sayembara ini terbuka kepada warganegara Singapura dan para penulis serantau iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei yang menulis dalam bahasa Melayu.
  2. Tema sayembara ini adalah bebas namun hendaklah bersesuaian dengan agama Islam serta mengikut dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  3. Karya juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
  4. Peserta boleh menyertai ketiga-tiga kategori tetapi hanya dibenarkan menghantar SATU manuskrip sahaja untuk setiap kategori.
  5. Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak.
  6. Karya yang pernah memenangi hadiah di Singapura atau negara lain tidak akan diterima.
  7. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip dalam bahasa Melayu di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris, Times New Roman saiz 12 dan berjilid kemas.
  8. Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah dan sudut kanan bahagian atas pada setiap halaman manuskrip. Nama peserta hanya boleh diisi pada borang penyertaan sahaja.
  9. Peserta perlu menghantar 4 salinan manuskrip kepada urus setia berserta borang penyertaan, sinopsis tidak melebihi dua halaman, satu salinan manuskrip dalam CD dan sekeping gambar berukuran pasport.
  10. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap karya yang tidak sampai atau rosak dalam pengiriman.
  11. Karya yang dihantar tidak akan dikirimkan semula kepada peserta sama ada karya tersebut memenangi hadiah ataupun tidak.

Pengadilan Karya dan Hak Cipta

  1. Sayembara ini akan dihakimi oleh Panel Penilai setempat dan luar negara yang dilantik oleh Penganjur. Keputusan panel adalah muktamad.
  2. Panel Penilai berhak untuk tidak memberikan sebarang hadiah jika mendapati tiada penyertaan yang layak menerimanya.
  3. Penganjur berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini, tertakluk kepada syarat-syarat penerbitan Penganjur. Namun, bagi karya yang tidak memenangi hadiah layak dipertimbangkan untuk diterbitkan sekiranya bersesuaian.
  4. Sekiranya Penganjur bercadang untuk tidak menerbitkan, hak cipta akan dipulangkan kepada penulis
Kontak:
Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan, iaitu 1 Jun 2014 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Urus Setia Sayembara Novel Islam 2011,
Darul Andalus Pte Ltd,
Blk 3017 Ubi Road 1 #02-129
Singapura 408708

Anda boleh menghubungi kami melalui telefon, faks ataupun emel:

Tel: +65 6746 9167 / 67461657
Faks: +65 67461537
Emel: sni@darulandalus.comsumber: http://www.darulandalus.com